My Video

Loading...

Sunday, 11 December 2011

Sunday, 6 November 2011

Rancangan Pelajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Tarikh : 8.11.2011
Masa : 8:00 - 8:30pg
Tahun : 2
Aras : 2
Tema : Warisan Kita
Tajuk : Permainan Rakyat
Objektif : Pada akhir pengajaran ini, murid dapat membaca teks permainan rakyat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Murid dapat melengkapkan petikan yang berkaitan dengan tajuk permainan rakyat dengan perkataan yang sesuai.
Murid dapat membina ayat berdasarkan peta minda.
Hasil Pembelajaran :
Fokus utama : Membaca teks unsur sastera dan bukan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.
Fokus sampingan: Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
Sistem bahasa : Ayat tunggal dan ayat majmuk.
Kosa kata : mengucapkan , pakaian sukan
Ilmu : PJK
Nilai : Kerjasama, Inisiatif, cermat, berhati-hati
KBT : Kecerdasan pelbagai - Verbal & Linguistik
                                           - Interpersonal
KB : Membanding & membeza
        menghubungkait, menjana idea.

Set Induksi (5 minit)
1. Murid bersedia untuk menerima pelajaran.
2. Murid ditunjukkan  jenis layang-layang yang berlainan.
3. Guru mengaitkan layang-layang dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

Langkah 1 (20minit)
1. Murid diberi satu lembaran kerja untuk menjalankan aktiviti menyambung titik bagi membenuk gambar layang-layang.
2. Murid diberi satu petikan teks.
3. Murid membaca teks secara senyap.
4. Murid membaca teks secara kaedah bergilir-gilir.
5. Murid dikehendaki membaca ayat tunggal secara kuat.
6. Murid dipilih secara rawak untuk membaca ayat-ayat tersebut.
7. Murid dipilih secara rawak untuk membaca teks tersebut.
8. Murid diminta menjawab soalan-soalan pemahaman.
9. Murid dipilih secara rawak untuk membacakan jawapan mereka.

Langkah 2 (15 minit)
1. Murid diberi satu lembaran kerja.
2. Murid dikehendaki membaca sepimtas lalu petikan.
3. Murid diminta melengkapkan karangan dengan perkataan yang sesuai.
4. Kemudian, beberapa murid dipilih secara rawak untuk menulis jawapan mereka di atas kertas mahjung yang telah ditampal di papan putih.
5. Murid-murid membaca teks secara kaedah kelas.

Langkah 3 (15minit)
1. Murid dikehendaki melihat peta minda yang berkaitan dengan tajuk layang-layang.
2. Murid diminta membuat ayat berdasarkan peta minda.
3. Kemudian, murid dipilih secara rawak untuk membacakan ayat mereka.
4. Murid membina ayat di dalam buku latihan.

Penutup ( 5minit)
1. Guru memberitahu murid-murid supaya berhati-hati ketika bermain layang-layang.

Wednesday, 19 October 2011

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 1

Tarikh/ Hari  : 19.10.2011(Rabu)
Masa            : 60 minit
Tahun           : Satu
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Aras                 : 2
Tema : Kebersihan Amalan Kita
Tajuk : Kasut yang bersih
Objektif : Pada akhir pengajaran ini, murid dapat
               -membaca teks mengenai tajuk kasut saya dengan sebutan dan intonasi yang betul.
               -menulis ayat yang berkaitan dengan kasut mengikut urutan gambar.
Hasil Pembelajaran : Fokus utama
                                5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betu dan
                                      lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Fokus Sampingan : 10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah,
                                      menarik dan bermakna.
Sistem bahasa : Ayat Tunggal
Kosa kata : Sayang, mencuci
Ilmu : Moral
Nilai : Kebersihan, berdikari, mendengar arahan
KBT : Kecerdasan Pelbagai-Verbal & Lingustik Kontekstual
KB : Menghubungkait, membuat kesimpulan, menjana idea

Langkah/Masa :
Set Induksi: 1. Guru menampal kad manila di papan putih.
( 5 minit)     2. Murid meneka benda berdasarkan maklumat melalui peta minda.
                   3. Murid meneka jawapan.
                   4. Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk pelajaran.

Langkah 1: 1. Dua orang murid akan dipanggil ke depan untuk ditunjukkan kasutnya.
(30 minit)   2. Guru akan bersoal jawab dengan murid-murid.
                  3. Murid diberi satu lembaran kerja yang berkaitan dengan tajuk kasut saya.
                  4. Murid dikehendaki mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
                  5. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menulis jawapan mereka di atas kertas
                      mahjung yang telah ditampal pada papan putih.
                  6. Murid membaca petikan teks dengan bimbingan guru.
                  7. Kemudian, murid dikehendaki bertanding secara kumpulan dalam aktiviti membaca.
                  8. Kumpulan yang terbaik dalam aktiviti membaca akan diberi satu bintang.
                  9. Selepas itu, murid dikehendaki mengeja perkataan-perkataan dan membacanya secara kuat.
                10. Murid dipilih secara rawak untuk membaca perkataan-perkataan tersebut.
                11. Murid dipilih secara rawak untuk membaca teks tersebut.

Langkah 2: 1. Murid dikehendaki membuka buku aktiviti muka surat 42.
(20 minit)   2. Murid dikehendaki meneliti aktiviti tersebut.
                  3. Guru memberi arahan yang jelas lalu murid-murid membuat latihan tersebut.
                  4. Kemudian, murid dikehendaki menyusun ayat menikut urutan.
                  5. Murid dikehendaki membaca ayat-ayat tersebut bersama-sama.
                  6. Selepas itu, murid dikehendaki membuat latihan dalam buku aktiviti muka surat 43.

Penutup : 1. Guru Meminta beberapa orang murid tampil ke depan kelas dan menunjukkan kasut mereka
(5 minit)       yang bersih.
               2. Mereka akan melafazkan ayat-ayat berikut.
                   Ini kasut saya.
                   Kasut saya sentiasa bersih.
               3. Guru menasihati murid-murid supaya menjaga kebersihan kasut.