My Video

Loading...

Sunday, 6 November 2011

Rancangan Pelajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Tarikh : 8.11.2011
Masa : 8:00 - 8:30pg
Tahun : 2
Aras : 2
Tema : Warisan Kita
Tajuk : Permainan Rakyat
Objektif : Pada akhir pengajaran ini, murid dapat membaca teks permainan rakyat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Murid dapat melengkapkan petikan yang berkaitan dengan tajuk permainan rakyat dengan perkataan yang sesuai.
Murid dapat membina ayat berdasarkan peta minda.
Hasil Pembelajaran :
Fokus utama : Membaca teks unsur sastera dan bukan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul.
Fokus sampingan: Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
Sistem bahasa : Ayat tunggal dan ayat majmuk.
Kosa kata : mengucapkan , pakaian sukan
Ilmu : PJK
Nilai : Kerjasama, Inisiatif, cermat, berhati-hati
KBT : Kecerdasan pelbagai - Verbal & Linguistik
                                           - Interpersonal
KB : Membanding & membeza
        menghubungkait, menjana idea.

Set Induksi (5 minit)
1. Murid bersedia untuk menerima pelajaran.
2. Murid ditunjukkan  jenis layang-layang yang berlainan.
3. Guru mengaitkan layang-layang dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

Langkah 1 (20minit)
1. Murid diberi satu lembaran kerja untuk menjalankan aktiviti menyambung titik bagi membenuk gambar layang-layang.
2. Murid diberi satu petikan teks.
3. Murid membaca teks secara senyap.
4. Murid membaca teks secara kaedah bergilir-gilir.
5. Murid dikehendaki membaca ayat tunggal secara kuat.
6. Murid dipilih secara rawak untuk membaca ayat-ayat tersebut.
7. Murid dipilih secara rawak untuk membaca teks tersebut.
8. Murid diminta menjawab soalan-soalan pemahaman.
9. Murid dipilih secara rawak untuk membacakan jawapan mereka.

Langkah 2 (15 minit)
1. Murid diberi satu lembaran kerja.
2. Murid dikehendaki membaca sepimtas lalu petikan.
3. Murid diminta melengkapkan karangan dengan perkataan yang sesuai.
4. Kemudian, beberapa murid dipilih secara rawak untuk menulis jawapan mereka di atas kertas mahjung yang telah ditampal di papan putih.
5. Murid-murid membaca teks secara kaedah kelas.

Langkah 3 (15minit)
1. Murid dikehendaki melihat peta minda yang berkaitan dengan tajuk layang-layang.
2. Murid diminta membuat ayat berdasarkan peta minda.
3. Kemudian, murid dipilih secara rawak untuk membacakan ayat mereka.
4. Murid membina ayat di dalam buku latihan.

Penutup ( 5minit)
1. Guru memberitahu murid-murid supaya berhati-hati ketika bermain layang-layang.

No comments:

Post a Comment